17 Feb 2015

Melalut

Nampak sangat aku ketinggalan zaman.

Pernah dengar lagu ni somewhere last year kot. First time dengar, eh sedapnya lagu ni! Dan aku jarang nak suka lagu masa first time dengar. Lepas tu aku lupa dah pasal lagu ni, memandangkan aku tak tau siapa penyanyi dan tajuk lagu.

Sehingga lah hari ni bila aku copy lagu dari seorang budak praktikal opis aku. Lerr.. zaman AF2013 rupanya lagu ni. 2013! Sekarang dah 2015! 

Nak dengar sama aku x? Jom klik.. www.youtube.com/watch?v=RmzpZqIrcIE . Pastu kau bagitahu aku kalau kau suka lagu ni. Aku suka sangat suara macam ni.

Lagu lain yang aku tengah suka dengar recently adalah Ed Sheeran's Thinking Out Loud.

Sebenarnya aku dah jarang layan sangat dengar lagu. Sebab dah jadi mak orang hampir 3 tahun kebelakangan ini, dah tak terlayan. Tapi lagu Ed Sheeran tu aku layan sangat. Layan sambil-sambil floating ke udara. Haha. Jiwa. Jiwa rasa terapung. Kau faham tak?

Hari ni aku melalut banyak.

Pagi-pagi aku nak masuk parking kawasan opis, aku pergi tag opis ID aku kat mesin parking yang ada palang tu! Sepatutnya guna kad access parking la kan! Masa tu aku tengah pikir eh dah nak raya cina ni ramai orang cuti agaknye. Nasib baik tak de kereta kat belakang. Malu kalau ada org perasan.

Naik tangga motip nak bakar lelemak sebab semalam membantai ais krim dan kek. Sampai tingkat 3 ada budak yang tahankan lif utk aku yang aku tak nak naik masa kat ground floor tu pun baru keluar dari lif. Dia kata "Eh cepatnya akak naik tangga". Aku kata, "Eh lambat la ni. Patut lagi laju naik tangga dari naik lif!" dan dengan konfidennya aku meneruskan pendakian ke tingkat atas. Sebenarnya opis aku tingkat 3! Apa yang aku buat sampai naik tingkat 4!

Pastu melalut dalam group Whatsapp ajak geng opismet lama jumpa pada 29hb ni. So sorang kawan aku kata 29/2 lagi 4 tahun la ye? Ke kalendar opis ko sampai 29hb?

Hehe. Banyak keje ni. Piriyed pulak hari ni. Tu pasal emosi tahap puting beliung seminggu lately. Susu pun drop kaw2. Dan as expected, piriyed aku heavy gile kali ni. Unlike the previous 3 piriyed selepas delivering Maysa, piriyed aku aritu sgt light dan sekejapan sahaja, dan susu tak drop dan tiada PMSes pun!!

Ok enjoy your long weekend okay! I look forward to it! Cuma tak bestnye sebab berharap dapat bonus before CNY ni bolehlah memanjangkan langkah ke Terengganu ke Ipoh ke PD ke.. Nampaknya.. dok rumah or balik kampung aje laa.

Tapi tak pe, yang penting cuti! Till then darlingss..

No comments:

Post a Comment